Monday, 12 December 2011

Pergerakan Haiwan

Selain daripada pergerakan asas, guru-guru juga boleh menggunakan pergerakan haiwan dalam lagu kita untuk memjadikannya lebih  menarik dan senang diingati.

Contoh pergerakan haiwan.

  • Lompat katak
  • Lompat kangaroo
  • ketam berjalan
  • Gajah berjalan
  • Beruang berjalan
  • Penguin berjalan
  • Itik berjalan
  • Ulat Bulu
  • Anak kuda gallop
The Penguin Song: http://www.youtube.com/watch?v=XLPISmUUb3I


Lyrics of The Penguin Song 

Chorus: Have you ever seen a penguin come to tea?
If you look at me, a penguin you will see!
Penguin attention (stand strait)
Penguin salute ( salute)

1. Chorus
Right Arm (slap right arm at side while singing)

2. Chorus
Right Arm
Left arm (slap right and left arms at side while singing)

3. Chorus
Right arm
left arm
right leg (slap arms at side, stomp right foot while singing)

4. Chorus
right arm
left arm
right leg
left leg (slap arms at side, stomp right and left feet while singing)

5. Chorus
right arm
left arm
right leg
left leg
bob your head (slap arms at side, stomp feet, bob head while singing)

6. Chorus
right arm
left arm
right leg
left leg
bob your head
spin around (slap arms at sides, stopm feet, bob head, spin around while singing)

7. Have you ever seen, a Penguin come to tea
If you look at me
a penguin you will see
Penguin attention (stand strait)
Penguin halt

    Sunday, 11 December 2011

    Pergerakan Asas

    Pergerakan asas 

    • Jalan
    • Lari
    • Kawad
    • Gallop
    • Skip
    • Seret
    • Ketingting
    • Lompat
    • Loncat
    • Kayuh Berjangket
    • Prancing
    • Toe pointing
    • Waltz
    • Minuet
    • Schottische
    • Polka
    Waltz

      Polka



      Petunjuk menepuk irama

      • Tum = tekanan pada bit
      • Ta = bit pendek
      • & = berhenti seketika atau menukar aksi

      Contoh :

      • Jalan = tum, tum, tum, tum
      • Gallop = ta tum, ta tum, ta tum, ta tum
      • jalan, jalan, jalan & gallop, gallop. gallop

      Saturday, 10 December 2011

      Pergerakkan Dalam Muzik

      Guru-guru boleh menambahkan pergerakan dalam lagu yang diajar untuk menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik.

      Mengapa bergerak?
      • Pergerakan yang terhad untuk kanak-kanak yang tinggal di bandar.
      • Meningkatkan pergerakkan fizikal yang stabil dan kukuh.
      • Mengukuhkan koordinasi pelbagai pergerakan yang betul melalui pengalaman bergerak.
      • Menggalakkan respon emosi melalui pergerakan.
      Kepentingan pergerakan:
        • Badan cergas, otak cerdas.
        • Meningkatkan kemampuan mengingat.
        • Mengukuhkan kemahiran visual-spatial.
        • Seronok, penglibatan penuh dan bermotivasi.
        • Menghubungkan pergerakan dunia luar dengan bunyi emosi dalaman individu.
        • Membangunkan kemahiran psikomotor halus.
        Contoh aktiviti yang boleh dijalankan:
        • Pergerakan Seiras:
        * Bayang
        * Cermin
        * Gema
        * Sepadan

        • Pergerakan Berbeza: 
        *Bertentangan ( depan - belakang, tinggi - rendah )

        Contoh format untuk menjalankan aktiviti :
        • Individu
        • Berpasangan
        • Kumpulan Kecil
        • Seluruh Kelas
        • Individu bertentangan dengan kumpulan ( aktiviti bayang )
        • Satu kumpulan dengan kumpulan yang lain ( aktiviti angin meniup, daun melambai )

        Friday, 9 December 2011

        Bentuk

        Bentuk ialah sesuatu corak atau format boleh dihasilkan melalui gabungan melodi atau frasa.

        Frasa - gabungan siri pic menghasilkan satu idea ( satu 'ayat' dalam konteks muzik )

        Seksyen, koras, rangkap - rangkaian frasa yang dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang besar (  perenggan )

        ABA, berulang, kontras - segmen muzik ( motif, frasa) boleh diulang dan dipelbagaikan.

        Contoh ABA : Twinkle,twinkle little star
        A: Twinkle,twinkle little star, how I wonder what you are!
        B : Up above the world so high, like a diamond in the sky.
        A: Twinkle,twinkle littel star, how I wonder what you are!

        http://www.youtube.com/watch?v=yCjJyiqpAuU&feature=related

        Thursday, 8 December 2011

        Ekspresi

        Ekspresi ialah gabungan semua elemen deskriptif yang menghasilkan satu ekspresi idea muzik.

        • Tempo - cepat atau lambat
        • Dinamik - lembut atau kuat
        • Mud - riang, tenang, cemas atau sedih
        • Artikulasi - legato atau staccato
        Contoh :
        http://www.youtube.com/watch?v=oEFXj00Gou4

        Wednesday, 7 December 2011

        Warna ton

        Warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber seperti:
        suara manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dan lain-lain lagi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

        Bunyi mempunyai mutu yang berlainan iaitu:
        ton gelap, padat, cerah, garau, kasar, nyaring dan lain-lain lagi.

        Contoh ton padat :
        http://www.youtube.com/watch?v=46k7Gp5L0v4


        Hasil dan mutu bunyi dipengaruhi oleh bahan-bahan alat itu dibuat, cara alat dibuat dan dibunyikan seperti
        • membranofon - gendang, dram
        • idiofon - kerincing, gong
        • aerofon - flut, clarienet, trumpet
        • kordofon - gitar, piano, harp, gambus

        Tuesday, 6 December 2011

        Tekstur

        Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.

        Sesuatu bunyi yang didengar yang memberi bunyi nipis ( 1 lapisan seperti solo) dan bunyi tebal ( banyak lapisan seperti duet, trio, kuartet, orkestra dan koir).

        Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni:

        • Monofoni ialah satu bunyi yang sama.
        • Homofoni ialah melodi yang diiringi oleh alat seperti piano ataupun gitar.
        • Polifoni ialah dua ataupun lebih melodi dibunyikan serentak.
        Contoh bunyi nipis
        http://www.youtube.com/watch?v=BOrlCYp8TgU
        video
        Contoh bunyi tebal
        http://www.youtube.com/watch?v=HsCp5LG_zNE
        video

        Monday, 5 December 2011

        Harmoni

        Harmoni ialah hasil gabungan dua pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyi atau dimainkan serentak.

        1. Jeda / interval ialah jarak antara dua pic.

        2. Triad / kod ialah gabungan tiga atau lebih pic dimainkan serentak.

        3. Round, polifoni, deskan, kaunter melodi - dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.

        4. Kod iringan, homofoni - Iringan kod pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

        http://www.youtube.com/watch?v=o2aLSat3h0w&feature=related
        video


        Sunday, 4 December 2011

        Irama

        Irama diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

        • Detik : Muzik bergerak kepada beat atau bunyi yang stabil.
        • Nota dan tanda rehat : Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang atau pendek.
        • Meter : Kumpulan / himpunan beat  membentuk tanda masa / meter (2/4, 3/4, 4/4).
        • Tekanan : Beat-beat mempunyai tekanan atau Accents.
        • Corak irama : Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan atau berulang-ulang
                  contoh corak irama ialah ostinat dan rentak

        video
        We will rock you

        video
        Tonight tonight Hot Chella Rae 

        Saturday, 3 December 2011

        Melodi

        Melodi ialah susunan pic secara melintang

        • Pic tinggi dan pic rendah.
        • Jeda : Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi, rendah dan mendatar.
        • Skel : Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat.
        • Frasa : Ton-ton dalam satu siri pic yang tersusun.
        • Sekuen : Frasa boleh disusun secara berurutan.
        • Melodi : Gabungan beberapa frasa membentuk sebuah melodi.
        • Nada : Ton-ton dalam melodi ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu rangkaian pic.

        Friday, 2 December 2011

        Elemen-elemen Muzik

        Terdapat tujuh elemen-elemen muzik dalam Dunia Muzik KSSR

        • Melodi
        • Irama
        • Harmoni
        • Tekstur
        • Warna Ton
        • Ekspresi
        • Bentuk
        Melodi = Susunan pic secara melintang

        Irama = Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik

        Harmaoni = Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyi atau dimainkan

        Tekstur = Ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar

        Warna ton = Pelbagai jenis hasilan bunyi

        Ekspresi = Gabungan semua elemen deskriptif yang menghasilkan satu ekspresi idea muzik

        Bentuk  = Sesuatu corak atau format boleh dihasilkan melalui gabungan melodi atau fasa


        Terangan lanjutan akan diberi dalam post seterusnya.

        Thursday, 1 December 2011

        Action song

        Guru-guru boleh cuba 'action song' yang disediakan oleh http://www.dreamenglish.com/actions dan
        http://www.freeabcsongs.com/ . Video klik boleh di muat turunkan dari website tersebut. Harap ini dapat menjadikan P&P lebih menarik.

        Contoh video boleh ditonton di youtube:





        Saturday, 26 November 2011

        Link-link untuk muat turun lagu-lagu

        Saya telah mengumpul beberapa link terdapat lagu patriotik dan juga lagu KSSR tahun 1. Harap link-link tersebut dapat membantu para guru dalam menyediakan rancangan mengajar.

        i)   http://www.jpnin.gov.my/audio (Lagu Patrioktik)
        ii)  http://lagu-patriotik-malaysia.blogspot.com/ (Lagu Patrioktik)
        iii) http://sjkcwahkeow.schools.officelive.com/MuzikY1.aspx (Lagu Tahun 1)

        Saturday, 19 November 2011

        Pemainan

        Dalam website ini ada banyak permainan yang berkaitan dengan matapelajaran muzik yang sesuai untuk murid-murid. Guru boleh pilih dan cuba sebelum memperkenalkan kepada murid.

        Saturday, 12 November 2011

        Membuat Minus One

        video
         "Audacity"  ialah salah satu software yang boleh digunakan untuk menghasilkan minus one secara amtur. Tetapi ia bergantung kepada lagu tertentu kerana bukan semua lagu yang boleh dibuang suaranya. selamat bercuba.

        Klik disini untuk software Audacity.

        Saturday, 5 November 2011

        Standard Prestasi Dunia Muzik Tahun 1 dan Borang Pentaksiran

        Kepada guru-guru KSSR Tahun 1:
        Saya telah mengemaskan Standard Prestasi Dunia Muzik Tahun 1 mengikut Elemen Muzik dan Unit.
        Borang tersebut boleh dijadikan rujukan kepada anda. Harap dapat mengurangkan beban anda.
        Jika terdapat sebarang kelemahan dalam borang itu, sila maklumkan.
        Terima kasih.

        https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AvCZKYJOQT04dGNDRzRuZ09fZVZ1TmlobGhkVEtjVGc

        Saturday, 29 October 2011